top of page

LYRICS

SEPATAH DUA KATA 

(Rap)

Ini untuk permulaan baru izinkan ku bermula 
dengan sepatah dua kata
bukan satu cerita bukan angkara agenda
isu semasa sama-sama doa sama rasa 
suka duka dibahagi sama rata
rata-rata dah gila dan masih cintakan duniawi
yang reality, fantasi illusi halusinasi illuminati?
Lu dikaburi dari mainan musuh di perbodohkan
syaitan nyata yang nyatanya jangan ditanya
kenapa pula bomoh yang disalahkan?
Walau aku sorang tapi aku sikit pun tak goyang
bukan cara aku untuk buka aib orang 
apetah lagi mencela ciptaan Tuhan
Jadi kamu.. Teruskan.. Dengan bahasa kurang sopan.
Melayu macam aku kurang ajar pun tetap nampak sopan-santun
Ini bukan pantun, kusunkan rhyme pasal flow aku lain-lain..

(H0ok)
Jodoh tak kemana dan dimana kamu bermula 
disitu lima perkara cuma yang lima.
Berbalik semula bukan rumah, sekolah
Kembali pada Al-quran dan Sunnah ! (2x)

BUKAN SEKADAR RAPPER 

(Verse 1)
Aku saiko si mulut tempayan
So, dapat tahu yang mana si talam
yang mana berdendam 
yang suka pendam dalam diam-diam
Dah tentu ni kaki tikam tak tikam judi 
tikam member sendiri takut terkejut 
dengan bayang sendiri
Nak kata jambu muka pecah hati
Sekecil-kecilnya hati sebesar taman bunga
berani mati cuma depan betina 
nak ajak perang tak sesuai
Nak simpan rahsia? Simpan jela niat tu
Sebaik-baik nama mesti jenis yang suka-suka je 
petik nama.. Ala.. Macam tak biasa..
Kenapa? Terasa terbakar hati der?
Merah muka tiba-tiba
Gentle cakap ni takda simpan pun 
niat dalam hati
Cuma aku nak bagitahu
Satu baris ayat aku salah satu sifat kamu
Aku bongkar satu persatu

(Pre H0ok)
Gua minta sorry dulu der kalau lu terasa
Jangan salah faham aku takda pun sebut nama.
So kalau dah macam tu jangan cerita aku buka aib siapa
Pasal aib aku Tuhan jaga.

(H0ok)
Gua tak pernah belajar nak jadi rapper
gua tak sengaja pengalaman yang membawa 
gua dalam scene ni takde law
Bukan hero macam dalam scene Tamil 1 lawan 10 (2x)

(Verse 2)
Gua bukan Tuhan bukan ahli persatuan 3 line pun bukan
Cuma disekolahkan Tuhan berguru pengalaman aku
Skm pun tahap 1, tapi tetap ku seru semua bersatu padu
Agar semua tahu walau ramai benci pasti ada yang busuk hati
Tikam belakang senang² aku hadang
Tak perlukan pedang, ini melayu punya pegangan agama
Kurang² yang lawan semua mahu kawan
segan dan serba salah
Hati kering kontang gua ikut darah sebelah mama gua
Dalam lagu semua nak jadi gangster
Realitinya malu² kucing cute macam hamster
(gerak lu pape roger Assalamualaikum..)

(Pre H0ok)
Gua mintak sorry dulu der kalau lu terasa
jangan salah faham aku takda pun sebut nama
So, kalau dah macam tu jangan citer aku buka aib siapa
Pasal aib aku Tuhan jaga !

(H0ok)
Gua tak pernah belajar nak jadi rapper
gua tak sengaja pengalaman yang membawa 
gua dalam scene ni takde law
Bukan hero macam dalam scene Tamil 1 lawan 10 (4x)

SATU SAMPAI LIMA

(Rap)
Lagak, segak kemas berjalan penuh gaya
Apa kau fikir dunia ni kamu yang punya?
Tak kira apa bangsa budaya dan agama
dah namanya hamba pasti ada tuannya.
Hati-hati bila berkata,
Fitnah tu kan lebih berat dari dosa.
Apa yang dikejarkan dalam hidupmu,
Jangan dahulukan akal dari wahyu !

(H0ok)
Tenang - tenang tenangkanlah hatimu
Satu-satu hingga cukup 5 waktu
Bersakit-sakit dahulu bersenang tuk hari kemudian..

(Rap) 
Sila beri perhatian apa yang nak ku sampaikan
Ini bukan sembang kosong bukan nak gebang
Sekarang bukan masa nak kejar dunia 
banyak mana nak harta banyak lagi dah berlambak
kat luar sana yang makan tak makan asal dapat tahan
sampai petang malam jangan ditanya esok lain pula cerita
Bila susah orang tak pandang bila senang acah-acah sayang

(H0ok)
Tenang - tenang tenangkanlah hatimu
Satu-satu hingga cukup 5 waktu
Bersakit-sakit dahulu bersenang tuk kemudian..

(Outro)
Hasbi Rabbi Jallallah Ma Fi Qalbi Ghairullah 
Nur Muhammad Sallallah Lailahailallah

(H0ok)
Tenang - tenang tenangkanlah hatimu
Satu-satu hingga cukup 5 waktu
Bersakit-sakit dahulu bersenang tuk hari kemudian.. (2x)

(Outro)
Hasbi Rabbi Jallallah Ma Fi Qalbi Ghairullah 
Nur Muhammad Sallallah Lailahailallah

FLYNGER - "ROCK N' ROLL DARI JALANAN"

Bermula dari angan²,
Ku teruskan perjalanan ini. (2x)

Ku curahkan segala rasa,
dari jalanan aku berkata
dengarkan semua.
Bermula demi satu tujuan
Ku rempuh/tempuh segala onak duri
Umpama kau hadir bersama
Ku coretkan segala luka 
Perit yg bernanah, kini mengalirkan darah ..
Tentang penderitaan umat manusia..
Ku curahkan segala rasa
dari jalanan aku berkata.
Dengarkan semua. (2x)

Ohh oh oh oh ohho oh
Ohh oh oh oh ohho oh
Ohh oh oh oh ohho oh
Rock N Roll dari jalanan
Dari jalan aku dendangkan
Rock n roll, dari jalanan. 
Ku persembahkan. (2x)
Dengan cara ku !

(Solo)

Ohh oh oh oh ohho oh
Ohh oh oh oh ohho oh
Ohh oh oh oh ohho oh (2x)
Ku curahkan segala rasa
Dari jalanan aku berkata.
Dengarkan semua. (2x)

Ohh oh oh oh ohho oh
Ohh oh oh oh ohho oh
Ohh oh oh oh ohho oh
Rock N Roll dari jalanan
Dari jalan aku dendangkan
Rock n roll, dari jalanan. 
Ku persembahkan. (2x)
Dengan cara ku ! 

MIMPI DAN REALITI 
- Lyrics -
(Verse)
Tersedar dari lamunan, ku bangkit dari khayalan
Terbang.. Senangkan ku lupakan kisah silam..
Semalam ku bermimpi ditarik keluar nyawa dari tubuh ini
Buka mata ini realiti..
Bergerak guna pena bawah tanah perlu berhati-hati
Tak goyang tak gentar walau ribut datang melanda
Ku bangkit tuk mempertahankan kehormatan diri..
Bukan benang basah yang cuba ditegakkan dan
Ini mata pena nukilan isi dari hati
Dan rakam bunyi didalam kamarku di malam gelap 
Bila hati terang, dengan tenang, ku perlagukannya..
Kuperdengarkan tentang lukaku atas dunia
Bisanya neraka ku terpenjara didunia
Hanya bersembunyi disebalik kata 
Setelah diri ini rasa terhina
Tinggalkan aku sebentar...

(Chorus)
Ini adalah aduan jiwa dalam diri
Bukanlah suatu keluhan yang terjadi
Pada siapa ku berserah diri
Hanya padanyalah tempat ku kembali nanti.. 
Ku tak tahu ruh ini kan kembali
Mungkin dibalik rahsia tersembunyi..

(Verse2)
Pernah aku rasa hampir berputus asa,
Bila maruah diri tercalar habis musnah segalanya.. 
Namun aku tak mengapa, kerna suatu hari nanti pasti
Kebenaran itu akan muncul jua..
Bayangkanlah.. belum bertanya dari mana dapat jawapan
Benarkah... rasa jadi pengukur hingga mampu sesatkan orang
Hukum dijatuhkan tanpa soal dan bicara
Sedang hakim pun manusia dalam kamar tidur lena
Terpaksa ku korbankan segalanya demi persatuan
Pengalaman banyak mengajarku erti kesabaran
kawal diri dari api kemarahan 
Terima saja dengan redha, 
perananmu atas dunia.
Bila masa aku ingin jadi manusia sempurna 
Sedangkan aku terima kamu semua seadanya..
Bila mana kaca dan permata pun tak tahu kamu nak beza..

(Chorus)
Ini adalah aduan jiwa dalam diri
Bukanlah suatu keluhan yang terjadi
Pada siapa ku berserah diri
Hanya padanyalah tempat ku kembali
Nanti ku tak tahu ruh ini kan kembali
Mungkin dibalik rahsia tersembunyi
Entah bila... Entah bila...

bottom of page